
![]() |
DUNIA KITA
Saturday, June 11, 2011 | 12:19 AM | 0 candie blossom
Korang dah ke belom?? Myra hari-hari dah.. :p
Korang-Korang
mesti layan cerita ni jugak kan...?
cite dy bect taw.. even hanya 30 minit.. yeke??
belom tolak dengan iklan lagi...teehee..
cite dy ala-ala korea gi tue kan...bukan myra cakap..
SinOpsis
![]() ![]() Dunia Kita bermula dengan sesi pengenalan watak utama Dunia Kita, iaitu Rania yang akan dilakonkan oleh Scha Al-Yahya, Zara (Marsha Londoh), Daniel (Awal Ashaari), Aliff (Saiful Nizen), Rizuan (Jalaluddin Hassan), Dessy (Sharifah Shahora) dan Aressa (Nur Amalina). Sedikit mengenai drama ini, Zara adalah seorang yang tidak mempedulikan penampilan diri untuk berjaya sebagai seorang penyanyi. Namun dia akhirnya menerima nasihat Rania untuk memperbaiki gayanya yang selekeh. Sementara Aliff seorang yang ulat buku tetapi memiliki personaliti menarik dan memendam rasa cintanya terhadap rakannya sendiri. Manakala Daniel yang digilai semua wanita merupakan seorang kasanova di kolej. Selain itu, Aressa seorang yang antagonis, dia sangat tercabar dengan kehadiran Rania dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menghancurkan dunianya. Pelbagai gelagat kehidupan kolej masa kini yang boleh ditonton pada setiap episod drama komedi ini yang bakal mencuit hati para penonton. Rania pula adalah umpama personaliti Carefree. Seorang yang beryakinan, riang, ceria dan mempunyai bakat fesyen yang unik, seperti juga persona Carefree yang spontan. Oleh itu, Rania adalah seorang gadis muda yang ingin menjadi seorang pereka fesyen biarpun ada halangan. Penuh dengan keyakinan, positif, periang dan seorang yang menarik – tetapi kenalah berhadapan dengan masalah, kerana adanya orang yang suka kenakan dan memberikannya masalah.
:: semoga terhibur dengan 8 episod DUNIA KITA & setiap jumaat 7.30pm ::
Labels: Perasaan |