
![]() |
kesabaran itu penting
Friday, February 11, 2011 | 2:42 PM | 0 candie blossom
Orang yang sabar biasanya tidak akan mudah menyalahkan orang lain. Orang yang sabar ini juga dengan mudah dapat melembutkan hati orang lain. Kalau yang sedang berkasih-kasihan tu, orang yang dipujuk itu selalunya akan makin sayang dengan orang yang sabar ni. Betul ke? Ini cuma andaian aku secara logik. Siapa yang tak suka dengan orang yang penyabar kan? Belajar erti kesabaran juga mampu mendewasakan pemikiran seseorang. Kadang kala, kesabaran juga tidak diperlukan. Contoh, kalau "panggilan semulajadi" seperti nak ke tandas, aku rasa semua orang pun takkan sabar. Kalau sabar pun , mungkin kejap saja, itu pun sebab nak cari dulu lokasi tandas tu kat mana. ( ikut pada situasi la kan sabar 2) Kesabaran dalam kepayahan (bukan lagu Shahir AF8 tu ye, Kebahagiaan dalam perpisahan) juga adakalanya membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Rasa macam tak dapat je apa yang kita nak, tapi masih lagi terus bersabar dan yakin bahawa apa yang dilakukan pasti ada hasilnya. Cuma, tak tau hasil positif ataupun hasil negatif. :: bersabar lebih baik :: Labels: ~myrasurihani~ =)) |