
![]() |
:: kawan yang baik ::
Thursday, February 3, 2011 | 2:15 PM | 2 candie blossom
Kata orang bukannya senang nak cari kawan yang baik dan bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik , baik ke aku terhadap kawan-kawan aku?.. aku rasa aku dah berikan 110% yang terbaik kepada mereka semua, mungkin ada diantara kawan-kawan aku yang kurang senang dengan aku, memang manusia tak semuanya sempurna. Walaupun aku dah berikan 110% terbaik kepada mereka, mungkin ada diantara perbuatan dan pertuturan aku yang agak lepas telah menyakitkan hati semua orang. Sebenarnya tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa, hanya kawan-kawan baik aku je yang faham dengan perangai gila-gila aku ni. Kalau time gila aku datang abis semua orang aku buat lawak sampai pecah perut. Apakah ciri-ciri kawan yang baik?… kawan yang baik akan mencuba sedaya upaya tidak mengumpat kawan baiknya dengan orang lain. Apa erti menjadi kawan baik kalau belakang kita kemain lagi mengata kita, kita ni gemuk la, kita ni jalan senget la… Kawan baikkah itu? bagi aku aku tak kesah kalau orang nak mengata aku, kalau nak mengata depan-depan, aku boleh terima. Kalau mengata belakang ni memang la bukan kawan baik aku… hahaha Untuk menjadi kawan yang baik , jangan sesekali cemburu dan melarang kawan baik kita berkawan dengan kawan baiknya, biarlah dia nak kawan dengan siapa pun janji kita yakin yang dia memang kawan baik kita. Sentiasa menasihati kawan baik kita kalau dia buat perkara yang tak betul dan tak sihat.., dalam waktu sunyi kawan baiklah yang sentiasa menjadi penghibur, macam aku kalau time sunyi aku akan YM/FB/MESEJ or CALL kawan-kawan baik aku. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira kerana kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Aku sentiasa mendoakan kejayaan dan kesihatan kawan baik aku, walaupun aku ni tak kuat iman, tapi aku tetap berdoa agar Allah sentiasa meringankan beban dan kesejahteraan kawan baikku di dunia dan di akhirat. Tapi aku memang susah nak dapat kawan yang baik. Kawan yang pura-pura baik tu ramai la…. tapi aku tak kesah sebab aku pun pura-pura baik dengan dia orang hahahaha… Huh siapa kawan baik aku yek?… dalam hidup aku ni aku cuma ada 5 orang kawan baik je… siapa tak perlulah aku sebutkan sebab jika dia kawan baik aku sudah tentu dia tahu. Labels: ~myrasurihani~ =)) |